Soalan Lazim

Bagi menyediakan bantuan dan sokongan kewangan kepada ahli-ahli pertubuhan dan keluarga mereka ketika berhadapan dengan kematian. Ini termasuk:
1. Memberi bantuan kewangan kepada ahli atau keluarga ahli yang meninggal dunia untuk meringankan bebanan kewangan.
2. Mengurus dan menyelaras urusan pengebumian bagi ahli atau ahli tanggungan yang meninggal dunia.
3. Menyediakan sokongan moral dan emosi kepada ahli atau keluarga ahli yang berduka.
4. Mempromosikan dan menggalakkan semangat kebersamaan dan sokongan komuniti di kalangan ahli-ahli pertubuhan.

Anda boleh klik pautan pendaftaran ahli https://www.e-khairat.com/bayuindera/register dan mengisi maklumat anda. Anda perlu menunggu kelulusan dari pentadbir khairat terlebih dahulu sebelum yuran pendaftaran ahli baru dan yuran tahunan dijelaskan.

Klik pada pautan semakan dan masukkan nombor MyKad anda. Perincian status bayaran ahli akan dipaparkan sekiranya rekod carian wujud.

Berikut adalah beberapa dokumen tambahan yang diperlukan semasa memuat naik kali pertama:
1. Salinan Kad Pengenalan (Ahli, Tanggungan dan Waris)
Pastikan salinan jelas dan lengkap di bahagian hadapan dan belakang.

2. Salinan Sijil Nikah / Sijil Kelahiran (Jika Waris adalah Keluarga)
Untuk membuktikan hubungan sah antara ahli dan waris, sama ada sebagai pasangan atau anak.

3. Sijil Pengangkatan
Dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau mahkamah untuk membuktikan status sah anak angkat.

4. Dokumen Mahkamah (Jika Perlu)
Jika pengangkatan melalui proses mahkamah, salinan dokumen mahkamah yang menunjukkan keputusan pengangkatan mungkin diperlukan.

Setelah memuat naik dokumen-dokumen ini, ahli akan dimaklumkan semula jika ada keperluan tambahan untuk pengesahan lanjut.

Perkhidmatan yang disediakan termasuk bantuan kewangan untuk kos pengurusan jenazah, bantuan berkaitan kematian seperti tabungan kematian, serta sokongan kebajikan seperti bantuan pendidikan anak-anak yang berumur 17 tahun dan kebawah, elaun hospital dan elaun kemalangan di jalan raya atau di tempat kerja (perubahan dari semasa ke semasa). Tiada amaun yang tetap diperuntukkan untuk bantuan kebajikan.

Jika sudah menjadi ahli Khairat Springhill, anda masih boleh menyertai Khairat Bayu Indera kerana ia adalah sebagai nilai tambah dan manfaatnya juga hampir sama seperti yang ditawarkan oleh Pertubuhan Khairat Kematian Penduduk Islam Bandar Springhill. Dengan sumbangan tunai yang diterima dari kedua-kedua badan khairat ini membolehkan lebih banyak urusan selepas kematian dapat dilaksanakan seperti pembinaan kepuk kubur, kenduri dan lain-lain urusan.

Secara dasarnya, Masjid Bandar Springhill telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Khairat Kematian & Kebajikan Bayu Indera sehingga terbina masjid yang dirancang di Bayu Indera Lukut. Dengan persetujuan ini, kerjasama antara PKKKBI dan Masjid Bandar Springhill diharapkan dapat memperkukuhkan lagi sokongan dan bantuan kepada ahli-ahli khairat, serta memudahkan urusan kebajikan dan kematian di kalangan komuniti setempat.

1. Semua maklumat peribadi ahli adalah dirahsiakan dan hanya boleh diakses oleh individu yang diberi kuasa.
2. Maklumat peribadi hanya akan digunakan untuk tujuan yang berkaitan dengan operasi pertubuhan, seperti pengurusan keahlian, urusan pengebumian, dan penyediaan bantuan kewangan.
3. Sebarang maklumat peribadi tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran ahli.
4. Sebarang insiden pelanggaran data akan dilaporkan dengan segera kepada ahli yang terlibat.

1. Meningkatkan jumlah keahlian dengan tujuan mencapai 150 ahli sebelum mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali Pertama.
2. Mengadakan kempen kesedaran dan promosi untuk menarik lebih ramai penduduk Taman Bayu Indera Lukut menyertai pertubuhan.
3. Mengadakan aktiviti seperti jualan amal, derma kilat, dan sumbangan korporat untuk meningkatkan dana pertubuhan.
4. Menambah baik kemudahan dan peralatan yang digunakan untuk urusan pengebumian.
5. Menggunakan sistem pengurusan e-data dalam menyimpan dan mengurus maklumat ahli dengan lebih efisien dan selamat.
6. Meluaskan skop bantuan kebajikan kepada ahli-ahli yang memerlukan bantuan kesihatan, pendidikan, dan keperluan asas lain.
7. Mengadakan program kesedaran kesihatan, pencegahan penyakit dan pengurusan kewangan, kesedaran undang-undang, dan persediaan menghadapi kematian bagi ahli-ahli pertubuhan.
8. Menjalin kerjasama dengan pertubuhan khairat kematian lain, badan-badan kebajikan, dan institusi kesihatan untuk memperluas rangkaian sokongan.
9. Memperluaskan keahlian kepada penduduk-penduduk di sekitar luar kawasan Bayu Indera Lukut.

1. Menghantar e-mel kepada pertubuhan di alamat e-mel rasmi pertubuhan (khairatbayuindera@gmail.com). Pastikan e-mel yang dihantar mengandungi maklumat yang jelas dan terperinci mengenai maklum balas atau aduan.
2. Menghantar borang aduan rasmi (Rujuk Dokumen) atau surat rasmi yang mengandungi maklum balas atau aduan ke alamat urusan pertubuhan : Guard House Bayu 1, Jalan BIL 1, Taman Bayu Indera Lukut (Bayu 1), 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menghubungi nombor telefon yang disediakan oleh pertubuhan https://www.e-khairat.com/bayuindera/document (Rujuk Dokumen).

Tiada peruntukan khas yang dapat disediakan buat masa kini. Namun, ianya bergantung kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Sekiranya berlaku kematian, berikut adalah proses yang biasanya akan dilakukan oleh pertubuhan :
1. Ahli keluarga atau wakil yang terdekat perlu memaklumkan kepada pertubuhan mengenai kematian. Ini boleh dilakukan melalui telefon atau mesej.
2. Pertubuhan akan mengesahkan maklumat kematian dengan ahli keluarga dan juga dokumen yang berkaitan seperti salinan sijil kematian dan salinan permit mengubur.
3. Pertubuhan akan menghubungi wakil Masjid Bandar Springhill bagi tindakan selanjutnya dan koordinasi.
4. Ahli jawatankuasa atau wakil daripada pertubuhan akan hadir di rumah si mati atau lokasi pengebumian untuk memberikan sokongan moral dan bantuan kewangan (sekiranya masih menjadi ahli yang aktif).

Tiada untuk masa kini sehingga dimaklumkan kemudian. Pada waktu ini, hanya pembayaran secara dalam talian sahaja yang diterima.

Tiap-tiap ahli hendaklah membayar yuran tahunan sebanyak RM50.00 kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum bulan Februari pada setiap tahun. Bagi ahli yang membiarkan tunggakan yurannya lebih daripada dua bulan selepas tempoh yang ditetapkan akan diberikan surat peringatan oleh Bendahari. Jika ahli itu masih tidak membayar tunggakan dalam tempoh satu bulan daripada tarikh peringatan dikeluarkan, maka hendaklah dianggap berhenti menjadi ahli dan tidak berhak mendapat apa-apa bantuan.

Ya, pertubuhan ini akan mengenakan yuran pendaftaran RM30.00 berikutan kelulusan mesyuarat agung tahunan dan akan bermula pada bulan 1hb Julai 2025.

Slip bank boleh berkongsi selepas bayaran yuran dilakukan dengan cara berikut:
1. E-mel: Boleh menghantar slip bank kepada PKKKBI di alamat : khairatbayuindera@gmail.com. Pastikan menyertakan maklumat seperti nama, nombor ahli, dan butiran bayaran untuk rujukan.
2. WhatsApp: Hantarkan slip bank melalui WhatsApp kepada Bendahari atau Penolong Bendahari atau Pengerusi atau Timbalan Pengerusi (Rujuk Dokumen).
3. Serahan Fizikal: Boleh menyerahkan slip bank secara fizikal kepada Bendahari atau Penolong Bendahari atau Pengerusi atau Timbalan Pengerusi (Rujuk Dokumen).

Kelayakan untuk menerima bantuan bergantung kepada kriteria yang ditetapkan oleh pertubuhan, seperti pendapatan keluarga, status kewarganegaraan, dan keperluan kecemasan atau kebajikan yang disahkan terkandung didalam pertubuhan.

Permohonan bantuan boleh dilakukan dengan mengisi borang yang disediakan https://www.e-khairat.com/bayuindera/document oleh pertubuhan atau melalui e-mel.

Proses penilaian keperluan melibatkan pemeriksaan dokumen yang diserahkan oleh ahli dan mungkin juga melibatkan temu janji untuk temuduga atau pemeriksaan lanjut oleh pertubuhan.

1. Atas kematian ahli sendiri adalah sebanyak RM1,500.00
2. Atas kematian suami/isteri ahli adalah sebanyak RM1,500.00
3. Atas kematian anak ahli adalah sebanyak RM1,000.00
4. Atas kematian ibu/bapa yang berdaftar kepada ahli dan jenazah diuruskan di dalam kariah Bandar Springhill sebanyak RM500.00 sahaja. (Berkuatkuasa bermula tahun 2026)

Pertubuhan boleh menerima sumbangan dalam bentuk selain daripada wang termasuk:
1. Sumbangan seperti keranda, kain kafan, dan barangan lain yang diperlukan untuk urusan pengebumian.
2. Sumbangan dalam bentuk perkhidmatan seperti khidmat pengurusan jenazah, pembersihan kawasan pengebumian, atau khidmat kaunseling dan sokongan emosi.
3. Buku, bahan-bahan latihan, atau peralatan lain yang boleh digunakan untuk kursus atau program pendidikan mengenai pengurusan jenazah dan kebajikan. iv) Sumbangan dalam bentuk masa dan tenaga seperti sukarelawan yang boleh membantu dalam aktiviti-aktiviti pertubuhan atau program-program komuniti.

Pertubuhan menyediakan beberapa pilihan pembayaran untuk kemudahan ahli dan penyumbang termasuk:
1. Pembayaran melalui pemindahan wang elektronik (online transfer) dari akaun bank ahli atau penyumbang ke akaun bank pertubuhan.
2. Pembayaran melalui e-Khairat (Sedang Dikemaskini)

Tempoh yang diperlukan untuk pembayaran sumbangan wang khairat kepada waris selepas berlakunya kematian boleh berbeza-beza seawal 3 hari bekerja selepas berlakunya sesuatu kematian namun bergantung pada faktor dokumentasi yang lengkap.

**Pembayaran biasanya memerlukan pengumpulan dan pengesahan dokumen penting seperti sijil kematian, dokumen pengenalan diri, dan bukti keahlian yang diberikan oleh waris. Pembayaran akan diproses lebih cepat jika maklumat yang diberikan adalah lengkap dan tepat.

Pertubuhan akan menguruskan dana dan kewangan dengan cara yang sistematik dan telus untuk memastikan bantuan yang berterusan dan berkesan kepada ahli-ahli. Berikut adalah langkah-langkah yang diambil :
1. Menyediakan akaun bank khusus untuk pertubuhan untuk menguruskan semua transaksi kewangan. Ini memastikan pemisahan yang jelas antara dana pertubuhan dan urusan peribadi.
2. Menggunakan sistem perbankan dalam talian untuk memudahkan transaksi dan pemantauan kewangan secara berkala.
3. Menyediakan laporan kewangan berkala tahunan yang memaparkan kedudukan kewangan pertubuhan, termasuk pendapatan dan perbelanjaan.
4. Mengadakan audit kewangan berkala oleh auditor bebas untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan.
5. Membuat anggaran belanjawan tahunan yang merangkumi semua perbelanjaan dan pendapatan yang dijangka. Ini termasuk kos operasi, bantuan kewangan kepada ahli, dan kos program kebajikan.

Developed by Amri Creative
[EK2024-0076]